assalamualaikum,

bertemu kita di dalam blog ini. banyak kelebihan sebenarnya menggunakan blog. ucapan terima

kasih diucapkan kepada En. Hasnan yang banyak membantu saya dalam menyiapkan blog ini.

banyak kelebihan blog sebenarnya. disamping memenuhi keperluan kursus, kita juga dapat

menambah maklumat dan ilmu dalam bidang perguruan. diharap pengetahuan ini akan

diteruskan sampai bila - bila. segala idea dan cadangan amat dialu - alukan dari kawan - kawan

untuk dikongsi.

sekiranya ada masa terluang, sila layari laman web ini yang berkisarkan IT dalam pendidikan

untuk anda semua:


http://josie653.tripod.com/kdp.htm

SINOPSIS:

Artikel ini menyatakan kepentingan penggunaan komputer dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran. Diterangkan secara ringkas tentang jenis - jenis IT yang boleh digunakan

serta peranan IT dalam P&P. beberapa laman web yang berkaitan metematik juga disediakan

untuk pengunjung. Selamat membaca..

Category: | 5 Comments

5 comments to “ ”

  1. .

  1. Dunia hari ini menyaksikan alatan teknologi memainkan peranan penting dalam semua bidang termasuklah bidang pendidikan.Sebagai contoh,penggunaan komputer dalam matapelajaran matematik dapat memberikan impak yang besar kepada guru dan pelajar.Guru-guru secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi tahap penguasaan teknologi serta dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah.Pelajar juga dapat mengekalkan maklumat tentang kaedah atau konsep matematik yang mereka perolehi dalam jangka masa yang lebih lama dan maklumat-malumat itu seterusnya dapat membantu mereka menyelesaikan soalan-soalan ketika peperiksaan.Ia juga mampu merangsang daya berfikir kritis dan kreatif di kalangan pelajar.Guru akan bertindak sebagai pemantau dan fasilitator semasa aktiviti p&p yang melibatkan penggunaan komputer untuk memastikan tiada penyalahgunaan dan gelaja vandalisme.

  1. Perkembangan pesat dalam dunia IT sekarang tidak dapat tidak menuntut semua guru dan warga pendidik agar celik komputer.
    Penggunaan komputer dalam P&P Matematik secara tak langsung dapat membantu para guru dan pelajar memahami konsep matematik dengan lebih mudah lagi seterusnya dapat menarik minat pelajar untuk belajar subjek matematik dengan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
    Dengan melayari internet, pelajar dapat memuat turun bahan-bahan seperti koleksi2 kertas soalan dan nota-nota ringkas.

  1. Segala kemudahan yang sedia ada perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Bidang teknologi maklumat yang menjadi sebahagian daripada kandungan sukatan kursus akan memberi peluang kepada guru pelatih untuk menambahkan pengetahuan dan meningkatkankemahiran dalam penggunaan komputer, khususnya untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula pada hari ini, terdapat berbagai program pendidikan yang dicipta dan dipasarkan, yang meliputi hampir semua peringkat.

  1. Penggunaan komputer dalam pendidikan adalah merupakan langkah awal ke arah mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat Wawasan 2020. Institusi pendidikan sebagai wadah terpenting perlu mengalami perubahan terlebih awal berbanding dengan institusi-institusi lain ke arah mencapai matlamat tersebut. Potensi dan kecanggihan teknologi perlu dimanfaatkan sepenuhnya.